Ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki sholeh

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ….” (QS. An Nur : 26)

1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah
lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan
nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing
dan melindungi justru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu
keindahannya namun tidaklah berkeanak anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada
rupanya,
AKAL mengatakan wanita cantik pada
ilmu dan kepandaiannya,
HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan dunia adalah wanita yang
solehah” Sebagai ibu, terukir di paparan
dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan
lara. Sebagai kekasih, dirindui saban
ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang
mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa. Sentiasa taat dan berkhidmat kepada
suami dengan sepenuh hati. Menutup dan
menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar
rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama~
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara,
kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan
agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh
intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang
perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk pandaikerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian~
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki
dan mudah menyebabkan lelaki menyampah
terhadapnya.

10. Memahami lelaki (pasangannya)~

11. Tidak terlampau cemburu~
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara yaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun,sentiasa memaniskan muka sentiasa senyum, Menutup aurat, Ramah dan
mesra, Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan
bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih~
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan
arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang
berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung
merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

16. Pemaaf~
Wanitayang suka mendahului meminta maaf
walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan
mempunyai peribadi yang unggul dan mudah
disayangi.

17. Seimbang~
Seimbangdari sudut pergaulan, keagamaan,
pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. Berkeyakinan diri

19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.
(Diulangi, body language ye,samada cara
percakapan,kawalan diri di hadapan orang ramai dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s